Friday 8 January 2016

Cara elak daripada mengantuk semasa dalam majlis ilmu

🔎Jika mengantuk di masjid ketika mendengar khutbah atau kuliah agama, bangunlah berpindah tempat. Pergerakan akan mengubati rasa mengantuk itu insya-Allah.

💡Apabila nampak orang yang berpindah-pindah tempat di masjid ketika khutbah atau kuliah agama, maka bersaksilah bahawa orang itu faham sunnah.

▶Abdullah ibnu Umar berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

✨"Apabila salah seorang mengantuk di dalam masjid, hendaknya dia pindah tempat duduk ke tempat duduk yang lain."

📚[Shahih Sunan Abu Daud, no: 944/1119]

0 comments:

Post a Comment